RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Tuesday, December 22, 2009

Kalau Khalid Benar Benar Anak Jantan, Cakaplah Terang Terang…

Semalam di akhbar Sinar Harian, pada mukasurat S13, laporan tersebut juga ada pada Online di alamat URL http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story6234327.asp
terdapat kenyataan daripada Khalid Ibrahim yang kurang jelas siapakah yang beliau cuba maksudkan.

Apakah kemungkinan Khalid juga sudah nyanyuk dan tidak pasti dengan apa yang beliau perkatakan kerana kata-katanya seperti tidak relevan dengan soalan yang ditanya oleh wartawan..?

Berikut adalah petikan kenyataan MB Selangor itu seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian 21 Disember, mukasurat S13

"…….. Sementara itu, Abdul Khalid turut menafikan dakwaan beliau jarang kelihatan turun padang dikawasannya, Ijok.

“dah kira keluar padang, banyak padang saya lakukan, tak jadi masalah. Sebagai contohnya di Pelabuhan Klang, dia kata dia sakit sakit. Sekarang dah hendak masuk, macam hendak tunjuk baik. Tidak boleh, PKR tidak terima dia lagi.”

“Kalau dia kata dia sudah sihat dan hendak masuk, PKR tidak akan terima…” katanya

Siapakah yang Khalid maksudkan sakit sakit dan hendak masuk semula PKR..??

Kalau Khalid benar benar anak jantan, tolong perjelaskan lagi kenyataan beliau..!

Saturday, December 19, 2009

Ketua AMK Selangor Jangan Jadi Badut....

Hari ini kita terima berita bahawa Ketua Polis Negeri Selangor mengesahkan bahawa pihak PDRM telah menahan reman selama 3 hari keatas Ketua AMK Selangor, Sdra Khairul Anuar Zainuddin, lebih mesra dengan panggilan nama Jonah.

Ini bermakna Jonah akan menghabiskan hujung minggunya dalam tahanan lokap, memenuhi 2 malam awal Maal Hijrah…., kesian dia!
Kenapa agaknya Jonah bersungguh sungguh mahu “tunjuk belang” sedangkan ramai kalangan orang PKR Selangor sendiri tahu bahawa beliau bukanlah seorang Ketua AMK yang mendapat sokongan daripada ramai Ketua AMK Bahagian.

Banyak juga program yang cuba diadakan oleh Jonah selalu gagal dan ramai Ketua AMK di Selangor tak heran pun nak respon dan turut serta.

Kini terbukti semua usaha usaha dan kerja Jonah seperti sia sia sahaja….

Seperkara lagi ialah Jonah tak boleh berselindung disebalik hakikat bahawa hubungannya dengan MB Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor bukanlah baik atau dalam bahasa pasar kita sebut “NGAM”.

Oleh itu, tak perlulah Jonah mau cuba menjadi hero atau ayam sabung kepada Khalid Ibrahim. Tak usahlah buang masa…, lebih baik jikalau Jonah lebih tumpukan kepada banyak program memperkuatkan sokongan dikalangan anak anak muda untuk terus kekal bersama Pakatan.

Nampaknya nasib Jonah tak ubah seperti Jatuh Ditimpa Tangga kerana rancangannya mahu adakan demonstrasi gagal dan langsung tak dapat sambutan, kini beliau kena pula bermalam didalam lokap…, kesiannya..!

Blog Darul Ehsan Kita ada melaporkan berita bergambar demonstrasi anjuran Jonah yang GAGAL

Ini linknya http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/12/perhimpunan-aman-berjaya.html

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431h

Semoga tahun baru ini akan dapat membawa perubahan kepada kehidupan kita sebagai ummah yang lebih berjaya sebagai Khalifah dibumi Allah swt.

Marilah kita bersama sama mendoakan agar negara kita akan terselamat daripada segala bala, musibah dan pelbagai perkara yang tidak diingini, semoga agama islam akan terus terpelihara dan menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk mempertahankannya……


Salam Maal Hijrah 1431 h

Yb Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 Pelabuhan Klang

Thursday, December 17, 2009

Marilah Kita Sama Sama Laksanakannya

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.
Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Sesungguh yang baik itu datangnya dari Allah swt

Badrul Hisham Abdullah

Tuesday, December 15, 2009

Khalid Ingat Ini Republic Of Selangor..??

Alangkah DANGKALnya cara pemikiran Khalid Ibrahim selepas diTEGUR oleh baginda Sultan Selangor beberapa hari yang lepas…..

Kini dilihat seperti MB Selangor mahu melahirkan satu lagi isu baru untuk terus berpolitik dan tidak memperdulikan terguran Sultan yang bertitah “Jangan lebihkan agenda politik berbanding pembangunan rakyat”

Apakah tujuan sebenar Khalid membuat kenyataan bahawa Selangor boleh memilih untuk mengadakan PRU yang berasingan dan TIDAK mahu mengikut PRU yang ditetapkan oleh kerajaan pusat..? Disini juga terbukti Khalid enggan menghormati satu lagi teguran baginda Sultan yang mahukan “kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat”

Sudah pasti Khalid sedia maklum bahawa untuk mengadakan pilihanraya negeri beliau perlulah terlebih dahulu mendapat PERKENAN DYMM Sultan dimana prosesnya bermula dengan pembubaran DUN dan disudahi dengan proses pemilihan yang dijalankan secara pengundian oleh rakyat negeri ini…

Sejarah membuktikan semenjak akhir akhir ini apabila diadakan pilihanraya kecil dimana mana DUN ataupun Parlimen, sudah pasti keadaan menjadi panas dan tegang kerana jentera kerja parti yang bertanding dari seluruh negara akan berkampung disana. Ketika itu tumpuan sememangnya kepada soal keselamatan dan kententeraman awam.

Bagaimanakah sekiranya nanti jika negeri Selangor memilih untuk mengadakan pilihanraya DUN berasingan dari PRU yang ditetapkan oleh kerajaan pusat..? Sudah tentulah penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang dari seluruh negara akan membanjiri negeri Selangor Darul Ehsan, maka akan timbullah pula masalah untuk menjaga keamanan di 56 kawasan…, ini akan menyusahkan pihak keselamatan..!

Khalid Ibrahim tak perlulah melahirkan satu demi satu isu untuk membawa media mengajak pihak kerajaan BN melayan karenah mereka.

Selepas isu BTN, kini mahu dimainkan pula isu PRU berasingan. Khalid perlu sedar bahawa kata putus masih ditangan DYMM Baginda Sultan, maka janganlah mahu dijadikan Selangor Darul Ehsan ini bertukar kepada Republic of Selangor..!

Monday, December 14, 2009

Khalid Jangan Sombong….!

Memetik headline yang terpampang dimuka depan akhbar SINAR Harian semalam 13 Disember, ternyata bahawa KPI keatas Menteri Besar sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor telah menerima banyak teguran.

Daripada senarai teguran tersebut maka perlulah Khalid Ibrahim segera membuat ‘check and balance’ cara pentadbiran dan beberapa perlaksanaan dasar kerajaan yang diamanahkan ke bahu beliau.

Teguran daripada baginda Sultan Selangor ini menampakkan banyak kepincangan yang telah menjadi kontrovesi membabitkan kemarahan rakyat negeri ini.

Tercetusnya beberapa insiden turut menyerlahkan juga kegagalan Khalid yang dilihat telah “dikuasai oleh telunjuk’ beberapa individu seperti isu penternakan BABI secara besar-besaran, isu kuota pelajar pelajar bukan melayu di UiTM, perlantikan “sementara” jawatan utama PKNS kepada individu bukan melayu, isu kuil hindu di Shah Alam, isu pengawalan jualan arak secara terbuka dan ada lagi isu isu panas yang pernah menyelubungi negeri Selangor.

Berikut adalah diantara isu isu penting yang mendapat teguran baginda Sultan;

Khalid perlu jalankan tugas dengan telus dan jujur
Jangan lebihkan agenda politik berbading dengan pembangunan rakyat
Jangan banyak cakap sebaliknya laksanakan perkara yang berfaedah kepada rakyat
Perlu beri kerjasama dengan kerajaan Pusat

Semoga teguran ini akan dapat memperbaiki cara pentadbiran Khalid bersama Exco-Exconya dan yang paling penting agar mereka dapatlah melaksanakan semua janji jani didalam MANIFESTO Pakatan Rakyat sepertimana yang didokong ketika berkempen pada PRU ke 12….

Sebagai respon kepada teguran ini, janganlah nanti Khalid mahupun mana mana wakil rakyat Pakatan akan menuding jari dan menyalahkan kerajaan BN yang sebelum ini menguasai negeri Selangor, meminjam kata kata yang sering diguna pakai oleh seorang celebrity di TV3, “KURANGKAN KONTROVESI, TINGKATKAN PRESTASI”

Sunday, December 13, 2009

Terima Kasih Akbar SINAR Harian


Dalam kesibukan saya menghadiri pelbagai program dalam kawasan N46 sehari dua ini, rasanya perlulah juga untuk mencuri sikit masa merakamkan rasa penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada akhbar SINAR Harian kerana telah mempromo blog saya ini.

Berita mengenai blog saya itu pada mukasurat S3 dengan tajuk “Badrul Miliki Blog Sendiri” dan boleh juga dibaca jika kita melusuri online Sinar pada URL ini : http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story6153191.asp

Ucapan terima kasih daripada

Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 Pelabuhan Klang

Friday, December 11, 2009

DIRGAHAYU KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan

Sempena Sambutan Ulangtahun hari keputeraan baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ yang ke 64 pada 11 Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih dengan diiringi doa semoga kebawah Duli Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wata’ala untuk terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat menerajui negeri ini dengan aman, damai dan sejahtera….

Doa patik agar negeri yang bertuah ini akan terus dapat memartabatkan agama islam dan memelihara hak-hak bangsa melayu diwaktu yang sama tidak mengabaikan keistimewaan agama dan bangsa yang lain.

DAULAT TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN



Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 Pelabuhan Klang

Wednesday, December 9, 2009

Terima Kasih Kepada Sahabat Bloggers

Salam.

Buah cempedak diluar pagar…,
Suruh si Khalid tolong jolokkan…,
Dunia blog saya baru belajar…,
Salah silap tolong tegurkan.


Terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada sahabat bloggers yang saya anggap senior dalam bidang ini kerana sudi jengok blog ini.

Semenjak “bebas” saya dah mula mendekati penulisan rangkaian bloggers yang tidak pro Pakatan, sesungguhnya saya amat kagumi keberanian anda semua yang selongkar semua salah laku wakil wakil Pakatan… “cayalah!”

Moga moga blog saya ini dapat bersama sama dengan anda semua untuk kita pastikan kemenangan besar besaran Barisan Nasional yang kini membawa wadah SATU Malaysia.

Agak terharu juga melihat respon dan sambutan yang positif dari sahabat sahabat bloggers terutama kepada blog blog yang telah buat “promo” untuk blog ini, semoga Allah akan membalas budi baik anda semua.

Monday, December 7, 2009

Yb Badrul Berpeluang Berceramah

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Klang telah menjemput ADUN Pelabuhan Klang, Yb Badrul Hisham Abdulahh sebagai tetamu di majlis Ceramah Umum bertempat di perkarangan Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sri Jaya Pandamaran pada 3 Disember 2009 yang lepas.

Yb Badrul turut diberikan ruang untuk berucap dan kesempatan ini telah diambil oleh beliau untuk menerangkan sebab sebab kenapa beliau meninggalkan parti PKR malah menyeru hadirin agar kembalikan sokongan kepada UMNO-BN. Sila klik sini
- Dilaporkan oleh Penyelaras Media DUN N46


Yb Badrul duduk bersama Ketua UMNO Bahagian Klang Dato Mazlynoor Abdul Latif dan Ketua UMNO Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail

Solat Sunat Aidil Adha Bersama Pengundi N46


Pada pagi 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 27 November 2009, Yb Badrul Hisham telah menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Al Falah Kampung Idaman.

Kehadiran beliau disambut baik oleh Ajk Ajk masjid yang diketuai oleh Nazir, Tuan Haji Muhamad Amin Buyong. Setelah selesai solat, Yb Badrul berpeluang untuk bersalaman dengan qariah Kampung Idaman dan sempat juga beramah mesra dengan Ajk ajk masjid tersebut.


Dilaporkan oleh Penyelaras Media DUN N46

Kenyataan Media Sewaktu Umum Keluar PKR

DENGAN INI SAYA, BADRUL HISHAM ABDULLAH [600104-10-5413], AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PELABUHAN KLANG N46 MENGISYTIHARKAN BAHAWA SAYA BERHENTI MENJADI AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT [PKR] BERKUATKUASA HARI INI 29 OKTOBER 2009 BERSAMAAN 10 ZULKAEDAH 1430H.

SEHUBUNGAN DENGAN KEPUTUSAN INI, SAYA BUKAN LAGI AHLI PKR DAN AKAN MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS MENYOKONG BARISAN NASIONAL [BN] BAGI DUN PELABUHAN KLANG N46.

KEPUTUSAN INI SAYA BUAT DENGAN PENUH KERELAAN, TANPA SEBARANG PAKSAAN, UGUTAN ATAUPUN APA APA FAEDAH KEPADA DIRI SAYA. MALAH KEPUTUSAN INI BERASASKAN KEPADA PRINSIP AGAMA DAN MORAL SAYA SEBAGAI SEORANG ISLAM.

KENYATAAN MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM YANG MENCADANGKAN AGAR SAYA MENDAPATKAN RAWATAN PSIKIATRI DAN MENUDUH SAYA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN SETELAH PERNAH TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN MERUPAKAN SATU TOHMAHAN DAN FITNAH YANG AMAT DAHSYAT. PERKARA INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI. [MERUJUK KEPADA KENYATAAN MB SELANGOR LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 22 OGOS 2009].

SETERUSNYA APABILA MENTERI BESAR SELANGOR INI MENYATAKAN BAHAWA SAYA MEMPUNYAI MASALAH KEKUATAN OTAK, IANYA MERUPAKAN SATU PENGHINAAN KEATAS MARUAH DIRI SAYA DAN JUGA KELUARGA SAYA. TINDAKAN BELIAU ITU MERUPAKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL PEMIMPIN PKR.

SAYA TIDAK AKAN SESEKALI MELEPASKAN JAWATAN SAYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT DUN PELABUHAN KLANG N46 KERANA SAYA DIPILIH OLEH RAKYAT SERTA PENGUNDI PENGUNDI DAN BUKANNYA OLEH MENTERI BESAR SELANGOR.

SAYA MENAFIKAN SEKERAS KERASNYA KENYATAAN MB SELANGOR BAHAWA SAYA TIDAK MENJAWAB SURAT TUNJUK SEBAB. UNTUK MAKLUMAN, SAYA SUDAH PUN MEMBERIKAN PENJELASAN PADA SURAT SAYA BERTARIKH 28 OGOS 2009 DIMANA IANYA TELAH DITERIMA BERSERTA CHOP RASMI OLEH PEJABAT MB DAN PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PKR PADA 02 SEPTEMBER 2009.

KEENGGANAN PIHAK PENTADBIRAN KERAJAAN PKR SELANGOR MEMBANTU SAYA DALAM PENYELARASAN PERUNTUKAN KAWASAN DUN SAYA SEOLAH OLAH SAYA TELAH DIANAK TIRIKAN BERBANDING DENGAN WAKIL RAKYAT YANG LAIN.

TINDAKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENUBUHKAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN N46 ADUN PENYELARAS DI PENDAMAR INDAH, ADALAH TINDAKAN MEMBELAKANGKAN SAYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT DI KAWASAN TERSEBUT.

SAYA SEMAKIN MERAGUI KEPIMPINAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK BERANI MENDEPANI PERBICARAAN KES LIWAT SAIFUL BUKHARI. KESUNGGUHAN BELIAU YANG SENGAJA MENANGGUH-NANGGUHKAN PROSES PENDAKWAAN DI MAHKAMAH MULA MENIMBULKAN KERAGUAN. MALAH BELIAU MENGAMBIL SIKAP UNTUK MENGELAK DARIPADA MENJELASKAN PERKARA INI APABILA DISOAL OLEH AHLI AHLI PARTI. SEBAGAI SEORANG ISLAM BELIAU JUGA ENGGAN BERSUMPAH.

SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN PRINSIP DAN NILAI ISLAM, PERSOALAN MORAL PEMIMPIN MERUPAKAN SATU PERKARA YANG MENJADI ASAS SOKONGAN SAYA.

JESTERU SAYA MENGIKUTI SECARA SERIUS DAKWAAN TERHADAP SALAH LAKU MORAL DATO SERI ANWAR IBRAHIM DIDALAM DAN LUAR MAHKAMAH.

KEGAGALAN PRESIDEN PKR, DATIN SERI DR WAN AZIZAH SEHINGGA KE HARI INI TIDAK MEMBERIKAN PENJELASAN TERHADAP DAKWAAN DAKWAAN TERSEBUT MERUPAKAN SATU PERKARA YANG AMAT SERIUS.

SEBAGAI WAKIL RAKYAT PKR, SAYA BERHAK MENDAPATKAN PENJELASAN DARI PRESIDEN PKR DALAM HAL INI MANAKALA IANYA MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB BELIAU SELAKU PRESIDEN PARTI TERHADAP PIMPINAN DAN AHLI AHLI PARTI AGAR DIPERJELASKAN KESEMUA DAKWAAN DAKWAAN SERIUS YANG DIDEPANI OLEH SUAMINYA, DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

MAKA ADALAH MENJADI SEBAB UTAMA KEPUTUSAN SAYA HARI INI KERANA SEBAGAI SEORANG MUSLIM DAN MENJADI PEMIMPIN KEPADA RAKYAT, SAYA TIDAK BOLEH KOMPROMI PERSOALAN MORAL YANG BERAT SEPERTI YANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN PKR.

AKHIR SEKALI SAYA INGIN TEGASKAN, TEKAD SAYA MAHU BERKHIDMAT DENGAN CEMERLANG UNTUK RAKYAT DAN KHUSUSNYA PENGUNDI PENGUNDI SAYA DI DUN PELABUHAN KLANG N46, MALAH SAYA YAKIN AKAN MAMPU BERKHIDMAT DENGAN LEBIH BAIK SEBAGAI WAKIL RAKYAT BEBAS TANPA SEBARANG GANGGUAN MAINAN POLITIK OLEH KERAJAAN PAKATAN YANG SEDIA ADA SEKARANG.

SEKIAN KENYATAAN RASMI SAYA BERTARIKH 29 OKTOBER 2009



YB TUAN BADRUL HISHAM ABDULLAH
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
PELABUHAN KLANG N46