Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa sudah memaklumkan titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.
Tindakan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sudah tentu merestui kenyataan rasmi parti berbilang agamanya itu berhubung pendirian mereka dalam isu kalimah Allah ini sepertimana yang dibuat oleh Dr Muhd Nur Manutty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama [BIPPA] PKR.
Berikut adalah petikan kenyataan BIPPA… “Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka ….”
Sila rujuk di blog Anwar Ibrahim ; - http://anwaribrahimblog.com/2010/01/05/penjelasan-pkr-mengenai-isu-kalimah-%e2%80%9callah/
Anwar yang kini “makan gaji” dengan negeri Selangor tidak seharusnya menyanggah titah Sultan.
Sebagai wakil rakyat dan anak kelahiran negeri Selangor saya menyokong penuh titah baginda Sultan.
DAULAT TUANKU
Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri N46
Pelabuhan Klang
SLM YB..RASANYA ANUWAR & CO. TAK MKN SAMAN DGN TITAH SULTAN. WALAU APA CARA SEKALIPUN DIA AKAN TETAP LAKUKAN JUGAK DGN CARA HALUS
ReplyDelete