RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Thursday, February 4, 2010

Syukur.. Akhirnya Perbicaraan Kes Liwat Dato Seri Anwar Sudah Bermula

Pada 3hb Februari 2010, bermulanya perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari setelah lebih setahun tertangguh tangguh.

Sewaktu saya membuat pengumuman rasmi untuk keluar PKR, salah satu faktor yang mendorong keputusan besar tersebut adalah kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan Anwar setelah beliau tidak berani berdepan dengan proses Mahkamah dalam kes liwat kali ini.
[boleh rujuk teks penuh kenyataan media saya yang pernah disiarkan pada blog ini di awal terbitan]

Inilah peluang untuk rakyat mendengar sendiri pengakuan dan cerita oleh mangsa iaitu Saiful sudah pasti akan menjelaskan apakah yang sebenarnya telah berlaku.

Semoga dengan berlangsungnya perbicaraan ini akan terlerailah segala yang tersirat dimana khalayak ramai boleh membezakan diantara kebenaran dan pembohongan.

Jikalau penyokong penyokong tegar Anwar mahu mempersoalkan dan memperlekehkan sistem serta institusi kehakiman negara ini, terlebih dahulu mereka mestilah bertanya kepada Anwar kenapakah beliau sendiri ada mengambil tindakan undang undang dengan menyaman beberapa pihak dan individu…?

Sebagai seorang ketua yang mengajak pengikut pengikutnya melaungkan “Lawan Tetap Lawan”, seharusnya Anwar Ibrahim mestilah memegang erat kepada asas ‘Berani Kerana Benar’.

Tetapi selama tempoh yang panjang ini kelihatan Anwar sengaja mencari helah dengan membuat pelbagai tuntutan dari pihak pendakwaraya agar berjaya melengah-lengahkan proses perbicaraan kes liwat beliau.

Tidak ada sebarang sebab untuk beliau mengelak daripada dibicarakan kerana umum tahu bahawa beliau berupaya untuk mendapat khidmat ramai peguam peguam bela yang handal handal dan masyhur dinegara ini.

Bersama samalah kita mendoakan agar perbicaraan kali ini dapat berjalan dengan baik dan akhirnya akan terjawab sudah siapa yang akan berada dipihak yang benar.

Saya sendiri mahu tahu jawapannya.


Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 - Pelabuhan Klang

4 comments:

  1. Kenapa Nik Aziz pergi beri sokongan pada ANwar? Tak berdosakah tindakannya menyokong pemimpin Nabi Lut.

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam YB ..

    1. tahniah atas pembukaan pusat khidmat masyarakat yang baru 6 hb ini

    2. sama sama kita nantikan kebenaran kes Anwar ini

    moga lepas ini tiada lagi huru-hara oleh proPakatan Rodok ini

    ReplyDelete
  3. abe mie, pikir baik

    nik ajis bukan beri sokongan

    tapi promosi 'kek'

    maklumla, nak bayar hutang negeri ..

    ReplyDelete
  4. .
    Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
    kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
    Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
    http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
    .

    ReplyDelete