RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Thursday, March 11, 2010

Terbukti Keputusan Saya TEPAT

Saya bersyukur sepenuhnya kehadrat Allah swt kerana sudah semakin terang dan jelas terbukti keputusan yang saya buat suatu ketika dahulu untuk tinggalkan wadah politik PKR adalah satu keputusan yang tepat.

Dalam kenyataan media sewaktu saya mengumumkan keluar PKR pada 29hb Oktober 2009 di Hotel Vistana Kuala Lumpur, secara terperinci telah saya jelaskan segala kepincangan pentadbiran dan kepimpinan parti milik Anwar Ibrahim ini.

Namun begitu saya telah dicemuh, dihina, dikeji, dan difitnah oleh hampir keseluruhan ahli ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Pelbagai tohmahan dibuat keatas saya.

Desakan untuk saya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri N46 Pelabuhan Klang begitu kuat sekali.

Demonstrasi lengkap dengan sepanduk dan kain rentang “memaksa” saya lepaskan jawatan ADUN diadakan dibeberapa tempat dalam kawasan DUN N46 Pelabuhan Klang dan ianya telah turut disertai oleh beberapa wakil rakyat Pakatan.

AMK PKR Selangor turut juga mengadakan demonstrasi yang serupa diperkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan [SUK] Negeri Selangor.

Berlaku juga insiden dimana wajah saya yang dipamerkan pada sebuah Giant BillBoard terletak di simpang bandar Pelabuhan Klang telah dipangkah dan diconteng oleh Ketua AMK PKR Klang dimana peristiwa itu telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Demikianlah gambaran betapa marahnya mereka dengan keputusan saya meninggalkan PKR…

Hari ini telah terbukti bahawa keputusan yang saya buat sudah ada pengikut!

Seluruh negara sudah menyaksikan sendiri seramai 4 [empat] Ahli Parlimen, seorang Setiausaha Agung PKR dan seorang mantan Timbalan Ketua Menteri mengumumkan keputusan mereka keluar PKR.

Sekiranya individu-individu seperti Datuk Salehuddin bekas Setiausaha Agung PKR, Yb Dato Seri Zaharin, Ahli Parlimen Bayan Baru dan Yb Zul yang pernah menjadi peguambela Anwar, kesemua mereka ini begitu rapat dan ada hubungan sebagai sahabat karib Anwar Ibrahim pun sudah “hilang kepercayaan”, maka tindakan saya menggunakan perkataan yang sama iaitu “hilang kepercayaan” sewaktu membuat pengumuman keluar PKR terbukti ada asas yang kuat!

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Dato Salehuddin, Yb Dato Seri Zaharin Hashim, Yb Tan Tee Beng, Yb Mohsin Fadzli Shamsuri, Yb Zulkifli Nordin dan Mohamed Fairuz Khairuddin diatas keputusan berani mereka. Sekalisgus membuatkan kedudukan bilangan Ahli Parlimen DAP menjadi yang paling ramai dikalangan Pakatan Pembangkang.

Saya menyeru kepada sahabat sahabat yang masih lagi berada dalam ‘kapal PKR’ agar segera membuka mata dan hati untuk membuat keputusan demi masa depan agama, bangsa dan negara kita.

Anwar sudah terbukti menyimpang jauh dari perjuangan asal dan hanya mahu memenuhi cita cita peribadinya menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun. Saya amat tertarik dengan temu ramah eksklusif Dato Salehuddin yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 7hb Mac 2010 yang menyatakan “Anwar sudah kembali ke perangai lamanya..”

Lihatlah sendiri dengan hati yang terang betapa jelasnya kepimpinan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh sahabat sahabat karib beliau sendiri.

Ditambah pula dengan segala usaha keras Anwar mahu menangguhkan dan tidak berani mendepani Saiful Bukhari Azlan dalan perbicaraan kes liwat, mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja, seharusnya kesemua kemelut ini sudah cukup untuk membuka minda rakan rakan yang masih berada didalam PKR menilai sendiri siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim.

Saya tidak akan terkejut sekiranya akan ada lagi pengumuman yang bakal dibuat oleh Ahli Parlimen dan ADUN dari PKR selepas ini.


“Welcome To The Club…”


Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 – Pelabuhan Klang

3 comments:

  1. Syukur ke hadrat Allah s.w.t.

    Semoga ramai lagi diantara kita di anugerahkan kedalam golongan orang yang digerakkan untuk menggunakan akal fikiran.

    Talqin ditanha perkuburan yang masig lekat di hati, bahawa mati itu benar, malaikat yang menyoal didalam alam kubur itu benar, kita akan di panggil untuk berkumpul di padang luas itu benar, dan kita akan berjumpa dengan yang maha Esa itu benar.

    Semoga YB berjuang untuk Islam sekadar termampu. Jangan jadi macam sahabat kita PAS yang terlampau banyak bercakap nak buat, tapi akhirnya satu pun tak buat. Nak bagi contoh pun tak perlu kerana dihadapan mata Allah telah bentangkan siapa mereka ini sebenarnnya yuang terlalu merasakan mereka itu lebih Islam daripada semua.

    Semoga Allah segarkan minda YB dan bersederhanalah.

    ReplyDelete
  2. salam hormat yb

    tindakan yb yg berani meninggalkan pakatan haram tu sebenarnya adalah satu hidayah dr allah s.w.t

    yb tak perlu kesal kerana sy percaya perbuatan yb tu adalah berdasarkan kepercayaan dan mempunyai ke'rasional'an tersendiri dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

    teruskan bekerja dgn lebih gigih dan insyallah tuhan akan membalas segala kerja2 yb demi utk rakyat, agama dan negara

    ReplyDelete
  3. YB dah kluar PKR..harapannya YB dapat menyatupadukan orang-orang melayu yang dah berpecah belah di kawasan tuan YB..

    semoga maju jaya..!!

    ReplyDelete