RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Sunday, January 24, 2010

Anwar Ibrahim Jangan Cuba Bohongi Rakyat Selangor

Semalam terpampang dimuka depan akhbar Sinar Harian bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mengambil sesen duit RAKYAT Selangor, ini bererti beliau akan menjalankan tugas sebagai Penasihat Eknomi secara percuma..? Tanpa gaji..?

Bolehkah kita mempercayai jaminan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim…?

Terlalu mustahil untuk membolehkan kita mempercayai kata kata dari Ketua PKR ini.

Sebagai bukti, sebaik sahaja Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri Selangor, Anwar sudah mula membudayakan amalan nepotisme beliau. Semoga rakyat Selangor tidak lupa sejarah, pada tahun 2008 dalam usia kerajaan Pakatan baru beberapa bulan, timbul cerita adik kandung Anwar iaitu Rosli Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat syarikat gergasi GLC Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad [KDEB].

Mujurlah bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Nor mendedahkan secara terbuka perkara tersebut maka perlantikan itu terpaksa dibatalkan.

Kini, dengan memegang jawatan rasmi sebagai “pentadbir” ekonomi sebuah negeri terkaya, Anwar berpeluang “mengkayakan” kroni kroni beliau. Budaya ini pernah dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim juga terbukti pernah membohongi seluruh dunia apabila mengatakan pada 16 September 2008 beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.

Semoga Harta Kekayaan Hasil Bumi Negeri Selangor Darul Ehsan akan dipelihara oleh Allah swt.


Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 – Pelabuhan Klang

Thursday, January 21, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim TAK LAYAK Jadi Pengerusi Perhubungan PKR Selangor

Hari ini kita mendapat berita bahawa seramai 11 orang Ajk PKR Cabang Kuala Selangor telah letak jawatan. Ketua AMK dan Ketua Wanita juga membuat keputusan yang sama. Kesemua mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Khalid Ibrahim.

Tahniah!

Insiden ini memberikan sokongan kepada keputusan yang pernah saya buat pada 29 Oktober 2009 yang lalu…, terima kasih kepada mereka.

Sudah pastinya tamparan ini lebih hebat kepada Menteri Besar Selangor kerana terbukti beliau gagal untuk memimpin diperingkat cabangnya sendiri.

Belum pernah berlaku didalam mana mana cabang PKR di negeri Selangor seorang Ketua ditentang dan ditolak oleh barisan Ajknya sendiri, tetapi malangnya Khalid Ibrahim menjadi mangsa yang pertama.

Oleh itu, keseluruhan kepimpinan PKR disemua peringkat bermula daripada cabang ke negeri Selangor haruslah bersikap jujur untuk memikirkan samada Tan Sri Khalid masih layak untuk menjadi Ketua mereka?

Suatu ketika dahulu MB Selangor ini pernah mengatakan bahawa saya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat, padahal sewaktu PRU ke 12 kemenangan saya untuk kerusi N46 Pelabuhan Klang adalah jauh lebih baik bilangan undi majoriti berbanding dengan beliau yang bertanding di N11 Ijok. Saya berupaya meraih majoriti sebanyak 4,407, tetapi Khalid hanya mampu mendapat majoriti 1,920 sahaja….

Dengan insiden yang berlaku serta pergolakan krisis kepimpinan di cabang Kuala Selangor, Khalid Ibrahim TAK Layak untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor.



Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 – Pelabuhan Klang

Sunday, January 17, 2010

Terima Kasih Akhbar SINAR Harian

Setinggi tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian yang telah menyiarkan sepenuhnya kenyataan Yb Badrul pada 16 Januari 2010 Sabtu.

Penyiaran tersebut juga boleh dibaca menerusi online, http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story6370539.asp

Kenyataan ADUN Pelabuhan Klang itu yang dipetik sepenuhnya dari blog ini

Dari meja Penyelaras Media DUN N46 – Pelabuhan Klang

Friday, January 15, 2010

ANWAR IBRAHIM MESTI HORMATI TITAH SULTAN SELANGOR


Kesemua pimpinan kerajaan negeri Selangor,termasuklah Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mestilah menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa dinegeri ini, mengharamkan penggunaan kalimah ALLAH oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa sudah memaklumkan titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Tindakan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sudah tentu merestui kenyataan rasmi parti berbilang agamanya itu berhubung pendirian mereka dalam isu kalimah Allah ini sepertimana yang dibuat oleh Dr Muhd Nur Manutty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama [BIPPA] PKR.

Berikut adalah petikan kenyataan BIPPA… “Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka ….”

Sila rujuk di blog Anwar Ibrahim ; - http://anwaribrahimblog.com/2010/01/05/penjelasan-pkr-mengenai-isu-kalimah-%e2%80%9callah/

Anwar yang kini “makan gaji” dengan negeri Selangor tidak seharusnya menyanggah titah Sultan.

Sebagai wakil rakyat dan anak kelahiran negeri Selangor saya menyokong penuh titah baginda Sultan.



DAULAT TUANKU


Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri N46
Pelabuhan Klang

Saturday, January 9, 2010

Kenapa TIADA Pemimpin Islam PKR & PAS Sertai Bantahan Aman Penggunaan Nama Allah..?

Semalam setelah selesai satu temu janji di sekitar Glenmarie, Yb Badrul telah singgah untuk solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam.

Menyedari ada satu acara BANTAHAN secara aman diadakan selepas solat Jumaat, sebagai seorang muslim yang tidak mahu berkompromi dan setuju dengan keputusan membenarkan nama Allah digunakan oleh bukan islam, maka wakil rakyat N46 Pelabuhan Klang ini telah sama sama menyertai dan memberikan sokongannya.

“Dalam isu ini saya menyokong untuk kita menunjukkan bantahan kita sebagai muslim” katanya kepada seorang wartawan tetapi beliau enggan untuk ditemuramah dalam soal soal yang lain dari isu tersebut.







Yb Badrul diberikan penghormatan untuk bersama sama dengan pihak penganjur membuat kenyataan media…. Turut sama kelihatan ialah bekas Exco Selangor, Datuk Mokhtar Dahlan dan Pengerusi Anak Muda Islam Selangor [AMIS] Encik Johari.

ADUN Pelabuhan Klang berkesempatan untuk bergambar dengan Mufti Besar Negeri Selangor, Dato Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan juga bekas Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Dato Onn Ismail.

Dilaporkan oleh Penyelaras Media DUN N46 - Pelabuhan Klang

Tuesday, January 5, 2010

Yb Badrul Sambut Hari Kelahiran ke 50

Bertempat di kediaman yang sederhana, ADUN Pelabuhan Klang Yb Badrul Hisham Abdullah telah mengadakan majlis kecil kecilan, bacaan doa selamat dan jamuan sempena hari kelahirannya yang ke 50.

Semalam 04 Januari bersamaan 18 Muharam 1431h maka genaplah umur wakil rakyat BEBAS itu 50 tahun…

“Syukur Alhamdulilaah dah separuh abad usia saya dan masih sihat walafiat..” ujar beliau menyambut kehadiran jiran tetangga malam tadi.

“majlis ringkas, Ajk masjid datang bersama imam bacakan doa, jamuan ala kadar, jemput jiran dan saudara mara terdekat..” jelasnya lagi malam tadi.


Dikesempatan ini pihak Yb Badrul ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca dan penyokong Blog ini semoga tahun 2010 ini akan menjadi lebih baik daripada tahun tahun sebelum ini….

Dari meja Penyelaras Media DUN N46