Thursday, December 24, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Kalau Khalid Benar Benar Anak Jantan, Cakaplah Terang Terang…
terdapat kenyataan daripada Khalid Ibrahim yang kurang jelas siapakah yang beliau cuba maksudkan.
Apakah kemungkinan Khalid juga sudah nyanyuk dan tidak pasti dengan apa yang beliau perkatakan kerana kata-katanya seperti tidak relevan dengan soalan yang ditanya oleh wartawan..?
Berikut adalah petikan kenyataan MB Selangor itu seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian 21 Disember, mukasurat S13
"…….. Sementara itu, Abdul Khalid turut menafikan dakwaan beliau jarang kelihatan turun padang dikawasannya, Ijok.
“dah kira keluar padang, banyak padang saya lakukan, tak jadi masalah. Sebagai contohnya di Pelabuhan Klang, dia kata dia sakit sakit. Sekarang dah hendak masuk, macam hendak tunjuk baik. Tidak boleh, PKR tidak terima dia lagi.”
“Kalau dia kata dia sudah sihat dan hendak masuk, PKR tidak akan terima…” katanya
Siapakah yang Khalid maksudkan sakit sakit dan hendak masuk semula PKR..??
Kalau Khalid benar benar anak jantan, tolong perjelaskan lagi kenyataan beliau..!
Saturday, December 19, 2009
Ketua AMK Selangor Jangan Jadi Badut....
Ini bermakna Jonah akan menghabiskan hujung minggunya dalam tahanan lokap, memenuhi 2 malam awal Maal Hijrah…., kesian dia!
Banyak juga program yang cuba diadakan oleh Jonah selalu gagal dan ramai Ketua AMK di Selangor tak heran pun nak respon dan turut serta.
Kini terbukti semua usaha usaha dan kerja Jonah seperti sia sia sahaja….
Seperkara lagi ialah Jonah tak boleh berselindung disebalik hakikat bahawa hubungannya dengan MB Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor bukanlah baik atau dalam bahasa pasar kita sebut “NGAM”.
Oleh itu, tak perlulah Jonah mau cuba menjadi hero atau ayam sabung kepada Khalid Ibrahim. Tak usahlah buang masa…, lebih baik jikalau Jonah lebih tumpukan kepada banyak program memperkuatkan sokongan dikalangan anak anak muda untuk terus kekal bersama Pakatan.
Nampaknya nasib Jonah tak ubah seperti Jatuh Ditimpa Tangga kerana rancangannya mahu adakan demonstrasi gagal dan langsung tak dapat sambutan, kini beliau kena pula bermalam didalam lokap…, kesiannya..!
Blog Darul Ehsan Kita ada melaporkan berita bergambar demonstrasi anjuran Jonah yang GAGAL
Ini linknya http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/12/perhimpunan-aman-berjaya.html
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431h
Marilah kita bersama sama mendoakan agar negara kita akan terselamat daripada segala bala, musibah dan pelbagai perkara yang tidak diingini, semoga agama islam akan terus terpelihara dan menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk mempertahankannya……
Salam Maal Hijrah 1431 h
Yb Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
Thursday, December 17, 2009
Marilah Kita Sama Sama Laksanakannya
Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
DOA AWAL TAHUN
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Sesungguh yang baik itu datangnya dari Allah swt
Badrul Hisham Abdullah
Wednesday, December 16, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Khalid Ingat Ini Republic Of Selangor..??
Kini dilihat seperti MB Selangor mahu melahirkan satu lagi isu baru untuk terus berpolitik dan tidak memperdulikan terguran Sultan yang bertitah “Jangan lebihkan agenda politik berbanding pembangunan rakyat”
Apakah tujuan sebenar Khalid membuat kenyataan bahawa Selangor boleh memilih untuk mengadakan PRU yang berasingan dan TIDAK mahu mengikut PRU yang ditetapkan oleh kerajaan pusat..? Disini juga terbukti Khalid enggan menghormati satu lagi teguran baginda Sultan yang mahukan “kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat”
Sudah pasti Khalid sedia maklum bahawa untuk mengadakan pilihanraya negeri beliau perlulah terlebih dahulu mendapat PERKENAN DYMM Sultan dimana prosesnya bermula dengan pembubaran DUN dan disudahi dengan proses pemilihan yang dijalankan secara pengundian oleh rakyat negeri ini…
Sejarah membuktikan semenjak akhir akhir ini apabila diadakan pilihanraya kecil dimana mana DUN ataupun Parlimen, sudah pasti keadaan menjadi panas dan tegang kerana jentera kerja parti yang bertanding dari seluruh negara akan berkampung disana. Ketika itu tumpuan sememangnya kepada soal keselamatan dan kententeraman awam.
Bagaimanakah sekiranya nanti jika negeri Selangor memilih untuk mengadakan pilihanraya DUN berasingan dari PRU yang ditetapkan oleh kerajaan pusat..? Sudah tentulah penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang dari seluruh negara akan membanjiri negeri Selangor Darul Ehsan, maka akan timbullah pula masalah untuk menjaga keamanan di 56 kawasan…, ini akan menyusahkan pihak keselamatan..!
Khalid Ibrahim tak perlulah melahirkan satu demi satu isu untuk membawa media mengajak pihak kerajaan BN melayan karenah mereka.
Selepas isu BTN, kini mahu dimainkan pula isu PRU berasingan. Khalid perlu sedar bahawa kata putus masih ditangan DYMM Baginda Sultan, maka janganlah mahu dijadikan Selangor Darul Ehsan ini bertukar kepada Republic of Selangor..!
Monday, December 14, 2009
Khalid Jangan Sombong….!
Memetik headline yang terpampang dimuka depan akhbar SINAR Harian semalam 13 Disember, ternyata bahawa KPI keatas Menteri Besar sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor telah menerima banyak teguran.
Daripada senarai teguran tersebut maka perlulah Khalid Ibrahim segera membuat ‘check and balance’ cara pentadbiran dan beberapa perlaksanaan dasar kerajaan yang diamanahkan ke bahu beliau.
Teguran daripada baginda Sultan Selangor ini menampakkan banyak kepincangan yang telah menjadi kontrovesi membabitkan kemarahan rakyat negeri ini.
Tercetusnya beberapa insiden turut menyerlahkan juga kegagalan Khalid yang dilihat telah “dikuasai oleh telunjuk’ beberapa individu seperti isu penternakan BABI secara besar-besaran, isu kuota pelajar pelajar bukan melayu di UiTM, perlantikan “sementara” jawatan utama PKNS kepada individu bukan melayu, isu kuil hindu di Shah Alam, isu pengawalan jualan arak secara terbuka dan ada lagi isu isu panas yang pernah menyelubungi negeri Selangor.
Berikut adalah diantara isu isu penting yang mendapat teguran baginda Sultan;
Khalid perlu jalankan tugas dengan telus dan jujur
Jangan lebihkan agenda politik berbading dengan pembangunan rakyat
Jangan banyak cakap sebaliknya laksanakan perkara yang berfaedah kepada rakyat
Perlu beri kerjasama dengan kerajaan Pusat
Semoga teguran ini akan dapat memperbaiki cara pentadbiran Khalid bersama Exco-Exconya dan yang paling penting agar mereka dapatlah melaksanakan semua janji jani didalam MANIFESTO Pakatan Rakyat sepertimana yang didokong ketika berkempen pada PRU ke 12….
Sebagai respon kepada teguran ini, janganlah nanti Khalid mahupun mana mana wakil rakyat Pakatan akan menuding jari dan menyalahkan kerajaan BN yang sebelum ini menguasai negeri Selangor, meminjam kata kata yang sering diguna pakai oleh seorang celebrity di TV3, “KURANGKAN KONTROVESI, TINGKATKAN PRESTASI”