RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Thursday, January 21, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim TAK LAYAK Jadi Pengerusi Perhubungan PKR Selangor

Hari ini kita mendapat berita bahawa seramai 11 orang Ajk PKR Cabang Kuala Selangor telah letak jawatan. Ketua AMK dan Ketua Wanita juga membuat keputusan yang sama. Kesemua mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Khalid Ibrahim.

Tahniah!

Insiden ini memberikan sokongan kepada keputusan yang pernah saya buat pada 29 Oktober 2009 yang lalu…, terima kasih kepada mereka.

Sudah pastinya tamparan ini lebih hebat kepada Menteri Besar Selangor kerana terbukti beliau gagal untuk memimpin diperingkat cabangnya sendiri.

Belum pernah berlaku didalam mana mana cabang PKR di negeri Selangor seorang Ketua ditentang dan ditolak oleh barisan Ajknya sendiri, tetapi malangnya Khalid Ibrahim menjadi mangsa yang pertama.

Oleh itu, keseluruhan kepimpinan PKR disemua peringkat bermula daripada cabang ke negeri Selangor haruslah bersikap jujur untuk memikirkan samada Tan Sri Khalid masih layak untuk menjadi Ketua mereka?

Suatu ketika dahulu MB Selangor ini pernah mengatakan bahawa saya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat, padahal sewaktu PRU ke 12 kemenangan saya untuk kerusi N46 Pelabuhan Klang adalah jauh lebih baik bilangan undi majoriti berbanding dengan beliau yang bertanding di N11 Ijok. Saya berupaya meraih majoriti sebanyak 4,407, tetapi Khalid hanya mampu mendapat majoriti 1,920 sahaja….

Dengan insiden yang berlaku serta pergolakan krisis kepimpinan di cabang Kuala Selangor, Khalid Ibrahim TAK Layak untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor.



Yb Tuan Badrul Hisham Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri
N46 – Pelabuhan Klang

5 comments:

  1. SETUJU PENDAPAT YB!..KHALID GAGAP UMPAMA "SEBIJIK BUAH YG DAH BUSUK" MENUNGGU MASA NAK GUGUR SAJA

    ReplyDelete
  2. Salam YB,

    Saya amat berharap agar mesej YB ini dapat disebarkan secara meluas kepada seluruh rakyat Selangor dan Malaysia agar nasib dan masa depan anak-anak bangsa kita tidak digadaikan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa seperti Khalid dan PKR ini!

    ReplyDelete
  3. Khalid Ibrahim layak menjadi pengurus kanan magnum dan toto sebab pintar dalam hal ehwal ekonomi sahaja.

    YB, gaji Anwar Ibrahim RM1.00 Khalid dah bayar ke?

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Biasalah YB kalau nak mengata orang memang senang tapi kalau nak mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri memang susah.

    Penentangan secara terbuka dan meluas sepatutnya dilakukan secara agresif agar ianya membuka mata setiap umat di Selangor yang menyokong PR secara membuta tuli.

    BN(UMNO) bangun le dah pagi apa lagi kasi gegar le iu PR sampai tak leh nak bertahan lai... Jangan rasa selesa dengan apa yang berlaku di Selangor.

    ReplyDelete
  5. Gelak besar aku hari ini bila baca stateman kamu yang memang tidak layak bergelar YB dengan menipu pengundi.Apa tak tipunya,kamu menang atas tiket PKR bukan BEBAS.Kalau kamu bertanding atas tiket BN atas BEBAS dah dari dulu kamu kerja cuci longkang ,kalau tak pun menjadi pengemis politik.
    Woi Badrul,orang melayu umno bolihlah kamu beli dengan harga sebungkus nasi mamak,tapi dengan malayu lain,awak jangan haraplah.

    ReplyDelete