RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Monday, December 14, 2009

Khalid Jangan Sombong….!

Memetik headline yang terpampang dimuka depan akhbar SINAR Harian semalam 13 Disember, ternyata bahawa KPI keatas Menteri Besar sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor telah menerima banyak teguran.

Daripada senarai teguran tersebut maka perlulah Khalid Ibrahim segera membuat ‘check and balance’ cara pentadbiran dan beberapa perlaksanaan dasar kerajaan yang diamanahkan ke bahu beliau.

Teguran daripada baginda Sultan Selangor ini menampakkan banyak kepincangan yang telah menjadi kontrovesi membabitkan kemarahan rakyat negeri ini.

Tercetusnya beberapa insiden turut menyerlahkan juga kegagalan Khalid yang dilihat telah “dikuasai oleh telunjuk’ beberapa individu seperti isu penternakan BABI secara besar-besaran, isu kuota pelajar pelajar bukan melayu di UiTM, perlantikan “sementara” jawatan utama PKNS kepada individu bukan melayu, isu kuil hindu di Shah Alam, isu pengawalan jualan arak secara terbuka dan ada lagi isu isu panas yang pernah menyelubungi negeri Selangor.

Berikut adalah diantara isu isu penting yang mendapat teguran baginda Sultan;

Khalid perlu jalankan tugas dengan telus dan jujur
Jangan lebihkan agenda politik berbading dengan pembangunan rakyat
Jangan banyak cakap sebaliknya laksanakan perkara yang berfaedah kepada rakyat
Perlu beri kerjasama dengan kerajaan Pusat

Semoga teguran ini akan dapat memperbaiki cara pentadbiran Khalid bersama Exco-Exconya dan yang paling penting agar mereka dapatlah melaksanakan semua janji jani didalam MANIFESTO Pakatan Rakyat sepertimana yang didokong ketika berkempen pada PRU ke 12….

Sebagai respon kepada teguran ini, janganlah nanti Khalid mahupun mana mana wakil rakyat Pakatan akan menuding jari dan menyalahkan kerajaan BN yang sebelum ini menguasai negeri Selangor, meminjam kata kata yang sering diguna pakai oleh seorang celebrity di TV3, “KURANGKAN KONTROVESI, TINGKATKAN PRESTASI”

3 comments:

  1. YB ..
    selamat bertugas
    Bagaimana menjadi orang merdeka dari Anwar Ibrahim...

    http://pkrpasdap.bogspot.com

    ReplyDelete
  2. SLM YB..TERANG2 MB KHALID SUDAH MEMBELAKANGI RAKYAT APABILA BELIAU MENYATAKAN PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI YG MAHUKAN PUNGUTAN SUARA PD PRU/PRK AKAN DTG MESTI MENGIKUT KEHENDAK KERAJAAN NEGERI DAN BKN MENGIKUT KERAJAAN PUSAT.

    NAMPAKNYA MB KHALID SEKALI LAGI MEMBELAKANGI TITAH SULTAN. SAMPAI BILA RAKYAT SELANGOR HARUS MENDIAMKAN DIRI?

    ReplyDelete
  3. abemie,
    rasanya "lega"


    jefry,
    khalid ingat dia boleh buat sesuka hati.
    saya pasti bukan semua rakyat sgor akan memihak kpda pktan... insya allah

    ReplyDelete