RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

RAKYAT DIDAHULUKAN,  PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TANGGUNGJAWAB DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

KENANGAN ABADI...

Wednesday, December 9, 2009

Terima Kasih Kepada Sahabat Bloggers

Salam.

Buah cempedak diluar pagar…,
Suruh si Khalid tolong jolokkan…,
Dunia blog saya baru belajar…,
Salah silap tolong tegurkan.


Terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada sahabat bloggers yang saya anggap senior dalam bidang ini kerana sudi jengok blog ini.

Semenjak “bebas” saya dah mula mendekati penulisan rangkaian bloggers yang tidak pro Pakatan, sesungguhnya saya amat kagumi keberanian anda semua yang selongkar semua salah laku wakil wakil Pakatan… “cayalah!”

Moga moga blog saya ini dapat bersama sama dengan anda semua untuk kita pastikan kemenangan besar besaran Barisan Nasional yang kini membawa wadah SATU Malaysia.

Agak terharu juga melihat respon dan sambutan yang positif dari sahabat sahabat bloggers terutama kepada blog blog yang telah buat “promo” untuk blog ini, semoga Allah akan membalas budi baik anda semua.

19 comments:

  1. tahniah
    selamat dtg ke alam bloggers

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera YB,

    Syabas dan tahniah! ...selamat berblog...

    Semoga YB akan terus maju jaya dalam bidang politik dan salam perjuangan...

    ReplyDelete
  3. caya lah yb mmmuaaahhh..!!!!
    i memang adore u masa buat pres confrn commented abt anwar's sodomy case, bravo yb..

    thx so much u post that full statement in yr blog

    welcome yb!

    ReplyDelete
  4. lawak la yb nie,
    kat pantun pun u bole nak sebat khalid yea..
    very naughty...

    ReplyDelete
  5. sya mmg mengharap sngt bila keco2 tu yb jgnla resign, tk nk la pilihnrya kecil,
    buang duwet rakyat je taw!!!
    time kseh kat yb sbb kuwar pkr,
    slmt kembali kpd bn

    cepat2la yb msuk umno k..

    ReplyDelete
  6. SLM YB..FIRST RULE OF ENGAGEMENT.."NO RETREAT NO SURRENDER"..TERUSKAN YB!..WE ALWAYS BEHIND U ALL THE WAYS YEHAAAAAAAAAA!!!!

    ReplyDelete
  7. Tahniah YB dengan keujudan Blog ini dan saya yakin akan bertambah panas lagi Pungkok Kalid Ibrahim tu.
    Teruskan perjuangan demi agama bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  8. medan infokita & hilbert,
    tksh & moga2 dpt sama kita saling bantu membantu

    lawyergarang & norule ijah,
    tq atas galakan..

    jeffry & kerisku,
    insya'allah kita bekerjasama & berjuang!

    ReplyDelete
  9. Salam buat YB Badrul
    Tahniah kerana berani menentang arus,
    Saya dan rakan-rakan bloggers akan sentiasa fi belakang YB
    Mari kita sama-sama bersatu menumbangkan Regim Pakatan Rakyat yang fasis itu.
    Saya sudah menubuhkan kumpulan anti Pakatan dan kita sudah bersiap sedia menggempur Selangor pada 2012, kita akan kiamatkan kerajaan Pakatan Rakyat .

    Selangor Bangkit menentang fasisma Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum YB Adub Bebas POrt Kelang,
    tahniah saya ucapkan kerana berusaha mendekati rakyat menggunakan alternatif terkini.

    Caiyokk2!!!

    YB, Yb kalau boleh, bantai je mana2 pihak yang tak betul. Tak kira la dari pihak kerajaan@pembangkang.

    Siapa yang tak buat kerja, pancung je.

    Rakyat bersama dengan KEBENARAN!
    Kita tidak bersama dengan KEADILAN kalau KEADILAN itu sendiri dikhianati oleh pihak yang melaungkan,
    Kita tolak PERJUANGAN BANGSA jika perjuangan itu hanya untuk poket sendiri!!

    Allahhuakbar!!1

    ReplyDelete
  11. Salam perjuangan YB. Kami para blogger pembela negara akan sentiasa bersama mu.

    ReplyDelete
  12. salam yb...
    tahniah kerana bebas dari parti peliwat tuh..
    teruskan perjuangan utk membela rakyat dan bebaskan selangor dari cengkaman pakatan rapuh tu...

    ReplyDelete
  13. Salam YB,

    Salam dari Utara!!!
    Selalamt berblog. Semoga ia memberi manfaat kepada interaksi anda dengan rakyat yang anda wakili. Sejarah Mengajar.....

    ReplyDelete
  14. arman,
    semangt sdra saya kagumi. mari kita sama2 kembalikn kuasa bn di sgor

    jatjenin,
    tksh, saya akan lakukan tggjwb saya, sila bantu

    yeop parit,
    kita bekerjasama ok..

    ikanbuntal,
    ya kita mesti tumbangkn pakatan sgor

    detquaq,
    semoga kemenangan utk kita semua

    ReplyDelete
  15. Salam YB,
    Tahniah..dan selamat berjuang YB.
    Kami Pemuda Telok Datok mengalu-alukan YB ke dunia blogger ini.

    ReplyDelete
  16. salam...

    slmt berjuang,berkhidmat dan menjengguk kawasan!

    ReplyDelete
  17. salam....

    Selesaikan masalah jalanraya sepanjang
    Jalan Pelabuhan...berlubang,tidak rata
    dan merbahaya.

    Keadaan lintasan keretapi di hadapan
    LPK selalu rosak dan berlubang.

    Sentiasa mengalami trafic jam sebelah
    pagi,lewat petang dan jika berlaku accident.


    Perbesarkan jalan masuk ke KG SG Sireh(KG Sri
    Perantau).

    Jika ini menjadi KPI...salutelah jika YB dapat
    selesaikan!

    ReplyDelete
  18. Tahniah sebab dah dapat "calit spesial" blogger . Tapi jgn jadi full time blogger sudah. Jangan pulak termasuk dlm kategori surirumah, janda dan penanam anggur. 99% dilapangan , only 1% penyebaran maklumat. Cukupla sekadar satu setengah jam sehari nak sampaikan maklumat kan. Hehe cukup ker ... Cukupla tu kan... Dah jadi YB, bukan ketua UMNO bahagian. "Tingkatkan prestasi , Kurangkan air liur basi". hehe. mana la maim moto ni. Ok YB selamat berjaya, selamat berkhidmat untuk rakyat. Chiayo... Aja-aja..

    ReplyDelete
  19. tahniah YB
    sy harap yb dapat terus berjuang
    demi memastikan selangor kembali aman
    dari dijajah oleh Khalid dan wira RM 1 yg hampeh
    Nuar Berahim

    tahniah
    www.hasnoreffendi.blogspot.com

    ReplyDelete